AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH
ISLAMIYYAH (6A)
FIQH JINAYAT (SYR 3113)
TAJUK: PEMERDAGANGAN MANUSIA
MUHAMAD AMIR AZIZI BIN KAMARUL
BAHRIN
D1410296
PENSYARAH: USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Pertama sekali, saya merafakkan sepenuh kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan
tugasan kami ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan
kepada Ustaz Suhaimi Bin Abu Hasan, pensyarah mata pelajaran Fiqh Jinayat, atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana tidak pernah jemu mendorong dan
sentiasa memberi galakan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan.
Sejajar dengan
era globalisasi kini para mahasiswa haruslah menyelidik dan mengambil tahu
tentang isu-isu semasa pada masa kini. Supaya dapat membuka mata bagi mengambil
pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan supaya tidak leka dengan arus
permodenan. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak. Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Dalam meniti arus kemodenan yang
berteraskan sains dan teknologi maklumat ini, terdapat beberapa isu yang sedang
hangat diperkatakan di media massa mahupun dibibir masyarakat tempatan. Namun demikian, terbit satu isu yang kian
membimbangkan serta lebih memberikan tekanan kepada masyarakat global iaitu jenayah
pemerdagangan manusia. Jenayah pemerdagangan orang telah dianggap sebagai
satu bentuk perhambaan dan bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan
manusia. Pemerdagangan orang dapat ditakrifkan sebagai perdagangan atau
perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara
paksa.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi
Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa jenayah pemerdagangan orang talah
mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 bilion setahun selepas jenayah senjata api
dan dadah. Isu pemerdagangan ini berlaku
ekoran daripada permintaan terhadap tenaga buruh yang tinggi, perkhidmatan
seksual, jeratan hutang dan kemiskinan. Pada kebiasaannya, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi
sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat daripada
kawalan ketat oleh sindiket-sindiket tertentu. Negara-negara miskin dan negara
yang mempunyai populasi penduduk yang
ramai sering menjadi mangsa seperti China, Indonesia, Sri Lanka dan
sebagainya. Manakala hasil kajian
mendapati Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi persinggahan untuk wanita
dan kanak-kanak diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial manakala
lelaki dijadikan sebagai buruh paksa.[1]
Pendidikan amat penting
kepada semua golongan tidak kira yang muda mahupun yang sudah berusia
lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. Kita mestilah keluar dari takuk
lama agar tidak ketinggalan zaman serta dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang acap kali berubah mengikut peredaran masa. Peri pentingnya,
pendidikan kerana dengan adanya pendidikan dapat mengelakkan kita daripada
ditipu dengan sewenang-wenangnya oleh golongan yang suka mengambil kesempatan.
Jadi, jelaslah bahawa setiap individu mestilah berhak untuk mendapatkan
pendidikan demi menjamin masa depan.
PENDAHULUAN
Isu
pemerdagangan manusia bukanlah suatu isu yang baru timbul di negara ini.
Kegiatan pemerdagangan manusia bukan sahaja bersalahan dengan ideologi negara
Malaysia, malahan ianya adalah bertentangan dengan norma-norma masyarakat
antarabangsa, juga undang-undang Islam dan prinsip Syariah. Kegiatan haram ini
berlaku di kebanyakan negara maju. Malaysia juga tidak terkecuali daripada
aktiviti 'perhambaan alaf baru' ini yang tidak jauh bezanya dengan bentuk
perhambaan yang berlaku di zaman Arab Jahiliyah. Fenomena ini dilihat kian berleluasa
dan menjadi polemik sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat
negara Malaysia sendiri. Malahan, fenomena ini secara tidak langsung memberikan
perspektif negatif orang ramai terhadap kawalan keselamatan di pintu-pintu
sempadan oleh pihak berkuasa berkaitan. [2]
Pemerdagangan
manusia melibatkan pergerakan atau migrasi sama ada individu atau kelompok
manusia melalui cara yang tidak sah di sisi undang-undang bagi tujuan tertentu
seperti aktiviti buruh paksa dan perhambaan seks. Fenomena ini menimbulkan
kegusaran kerana ianya merupakan suatu jenayah malahan mempunyai aktanya yang
tersendiri yang digunapakai dan menjadi rujukan dalam menangani isu-isu yang
timbul, iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Kewujudan akta ini sekali gus menggambarkan keperluan isu ini untuk ditangani
segera.[3]
Pemerdagangan
manusia adalah satu bentuk perdagangan atau perniagaan yang melibatkan beberapa
aspek seperti migrasi manusia secara haram, aktiviti buruh secara sah atau
mengandungi unsur paksaan. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit
oleh kumpulan-kumpulan penyokong dengan merujuk kepada aktiviti pemerdagangan
manusia melalui kaedah pengrekrutan, pengangkutan, perlindungan atau
pengambilan manusia bagi tujuan seperti perhambaan, pelacuran, buruh paksa dan
perjualan organ tubuh manusia. Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk
pemaksaan melakukan pelacuran atau eksploitasi seks, buruh paksa dan
bentuk-bentuk pengamalan yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan[4].
DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Takrifan
mengenai istilah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Malaysia
boleh dilihat daripada peruntukan yang terkandung di bawah Akta Anti
Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Seksyen menerangkan
dengan jelas mengenai pengertian istilah tersebut serta elemen-elemen yang
diguna pakai dalam melaksanakan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan
migran.
Kamus Fajar
memberikan definisi ‘trafficking’ sebagai satu bentuk perdagangan yang tidak
sah di sisi undang-undang dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral.
Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah ini dianggap
telah melakukan perbuatan yang salah bukan sahaja dari sisi undang-undang,
malahan dari perspektif moral yang membolehkan pesalah dihukum mengikut
peruntukan undang-undang yang ada oleh pemerintah sesebuah negara.
Selain itu,
pemerdagangan manusia juga didefinisikan sebagai segala perbuatan yang
melibatkan sebarang bentuk perolehan atau mengekalkan tenaga kerja atau
perkhidmatan seseorang individu, sama ada melalui cara paksaan, termasuklah
perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau
menerima seseorang. Peruntukan yang jelas mengenai takrifan pemerdagangan
manusia ini boleh dilihat dibawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan
AntiPenyeludupan Migran 2007, iaitu :
Seksyen 12 :
"Mana-mana
orang yang memperdagangkan orang yang bukan seorang kanak-kanak, bagi maksud
eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan
boleh juga didenda."
Seksyen 14 :
"Mana-mana
orang yang memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi
maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila
disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga
tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahu, dan boleh juga didenda."
Seksyen 15 :
"Mana-mana
orang yang mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang
diperdagangkan melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan
boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh juga
dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu."[5]
Persidangan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Nombor 49/166) pula menjelaskan definisi
(trafficking) sebagai pergerakan oleh seseorang secara haram dan rahsia bagi
melepasi mana-mana sempadan, sama ada di dalam mahupun luar negara yang
bertujuan untuk menindas dan mengeksploitasi mangsa sama ada dalam bentuk
seksual atau ekonomi demi kepentingan pihak perekrut (agen) semata-mata.[6]
Hakikat
pemerdagangan yang sebenarnya berlaku di nagara Malaysia adalah seperti yang di
nyatakan di dalam Akta Pemerdagangan dan Penyeludupan. Antara aspek lain yang
dinyatakan di dalam temu bual bersama Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia Tuan
Zainal ia adalah hakikat dalam kehidupan mereka yang menjadi percaturan
dagangan. Pada asalnya mereka datang ke Malaysia dengan lengkap berdokumen dan
mempunyai niat yang baik untuk mencari sumber mata pencarian di Malaysia yang
mana mereka di janjikan oleh individu mahupun lebih di kenali sebagai Tekong
untuk mendapatkan kerja yang baik seperti kedai makan dan kebanyakannya adalah
kerja kilang. Tapi malangnya ia nya sekadar satu umpan bagi aktiviti
perdagangan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka dipaksa,
didera dan akhirnya pekerjaan yang teruk terpaksa di lakukan yang mana akhirnya
mendjadi paksa rela melakukannya tanpa mengingkarinya. Ia juga dikenali sebagai
ATIP iaitu anti pemerdagangan orang.
BENTUK PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRAN
Jenayah
pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran membawa kepada pengeksploitasian
terhadap mangsa dengan cara yang pelbagai. Mangsa terpaksa hidup dengan cara
yang telah ditentukan oleh pemangsa walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai
kejam dan tidak berperikemanusiaan.
1.
Eksploitasi Seks
Kegiatan
pelacuran dan perdagangan seks merupakan agenda utama para agen atau
pemerdagang dalam jenayah yang dilakukan. Kebanyakan mangsa pada awalnya akan
disajikan dengan pelbagai janji manis sehingga mereka mempercayai apa yang
dikatakan. Malahan, mereka dikaburkan dengan angan-angan palsu mengenai pendapatan
yang tinggi yang mampu mengubah cara hidup mereka selama ini untuk menjadi
lebih baik dan menyenangkan. Hakikatnya, setelah sampai ke negara yang
dijadikan sasaran, mereka dipaksa untuk melakukan perhubungan terlarang dan
seterusnya terpaksa menjadi hamba seks tanpa sebarang bantahan disebabkan oleh
ugutan atau ancaman yang lebih besar. Golongan yang kebiasaannya menjadi mangsa
eksploitasi seks ini ialah wanita.[7]
Lebih
menyedihkan, apabila pusat-pusat pengajian tinggi dijadikan medium jenayah
mereka dengan menggunakan visa pelajar asing sebagai akses untuk membolehkan
golongan wanita ini dibawa masuk dan akhirnya dipaksa untuk menjual diri sekali
gus terlibat dalam perdagangan seks tanpa kerelaan mangsa.[8]
2.
Pemindahan Organ
Kegiatan
pemindahan organ kini dilihat semakin pesat. Aktiviti perdagangan yang
melibatkan jualan organ secara haram dilihat semakin berleluasa disebabkan
permintaan yang tinggi bagi menjalani pembedahan serta prosedur penggiliran
yang memakan masa pihak yang ingin menjalankan pembedahan melibatkan organ.
Kebiasannya kegiatan haram ini mendapatkan sumber organnya daripada penduduk di
negara-negara yang miskin dan mundur
dengan cara penyeludupan haram atau dengan mengeksploitasi mangsa dari dalam
negara.
Aktiviti haram
ini sememangnya memberikan keuntungan yang cukup tinggi di peringkat
antarabangsa. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) yang menganggarkan bahawa 10 peratus daripada 70 ribu buah pinggang
yang dipindahkan dalam tempoh masa setahun mungkin berasal daripada pasaran
gelap.[9]
3.
Pengedar Dadah
Isu berkaitan
dadah ini sememangnya sesuatu yang sering diperkatakan tanpa ada penghujungnya.
Sindiket haram ini mendedahkan bahawa wanita sememangnya dijadikan mangsa bagi
mengedar dan memperdagangkan dadah bagi kepentingan pihak pemerdagang itu
sendiri. Wanita akan dijadikan sebagai orang perantara yang membawa atau
mengedarkan dadah dari satu tempat ke satu tempat lain yang telah dipersetujui
oleh pihak penerima. Dalam erti kata yang lain, mereka dijadikan 'kambing
hitam' oleh penjenayah yang sebenar. Golongan wanita dipilih oleh penjenayah
kerana mereka sangat mudah diperdayakan dan mudah dikawal memandangkan keadaan
fizikal serta kudrat mereka sendiri yang sememangnya lemah. Antara modus operandi
yang biasa dilakukan bagi melaksanakan kegiatan jual beli dadah ini adalah
dengan menelannya.[10]
4.
Buruh Paksa
Mangsa yang
diseludup oleh penjenayah secara haram juga akan menjadikan mereka sebagai
buruh yang terikat. Oleh yag demikian, mereka terpaksa melakukan kerja-kerja
secara paksaan. Mereka terpaksa melakukannya disebabkan ugutan penjenayah untuk
menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa sekiranya tidak melakukan kerja-kerja
sebagaimana yang dikehendaki oleh penyeludup tersebut. Bukan sahaja berdepan dengan
ugutan dan kerja paksaan, malahan gaji yang diperolehi juga berada dalam
kawalan atau milikan penyeludup tersebut. Hal ini secara jelasnya menggambarkan
tindakan memanipulasi mangsa secara total tanpa ihsan.
Selain itu,
mangsa kebiasaannya terdiri daripada migran asing dari kalangan wanita dan
kanak-kanak yang direkrut oleh penjenayah dari negara-negara yang kurang
membangun seperti Asia Tenggara dan Afrika. Selain dipaksa bekerja sebagai
buruh tanpa gaji, golongan wanita kebiasaannya diarahkan untuk menjadi pembantu
rumah. Manakala kanak-kanak akan dieksploitasi dengan menjadikan mereka
pengemis di jalanan.
Kebanyakan
pendatang asing yang bekerja di Malaysia terdiri daripada pekerja separa mahir
dan tidak mahir. Mereka datang dari negara yang mengalami lebihan penawaran
buruh seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Vietnam dan Kemboja.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMERDAGANGAN MANUSIA
Setelah dikaji
serta diperhatikan mendalam terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
berlakunya isu pemerdagangan manusia seantero dunia. Antara yang utama ialah
terdapatnya unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan isu ini sukar ditangani walaupun
beberapa usaha telah dilaksanakan. Pegawai kerajaan yang tidak jujur dalam
pekerjaannya dan mudah menerima rasuah sering kali dimanfaatkan oleh para
sindiket pemerdagangan orang ini untuk menjalankan aktiviti mereka tanpa
sebarang kesulitan. Contohnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara
akan melepaskan ejen-ejen sindiket tersebut
jika disertakan dengan sejumlah wang. Mereka secara automatiknya akan
memberikan laluan kepada sindiket ini tanpa memikirkan kesan atas perbuatan
yang tidak bermoral itu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.[11]
Di samping itu,
faktor jenayah pemerdagangan manusia juga terjadi disebabkan oleh jurang
ekonomi antara negara-negara jiran yang jelas ketara. Masyarakat yang tinggal di negara yang miskin dan
mempunyai lebihan penduduk sudah tentu ingin mengubah nasib hidup mereka dengan
bekerja di negara-negara maju tetapi kekurangan pekerja. Namun begitu terdapat
pihak yang kejam telah mengambil kesempatan terhadap golongan yang ingin
mengubah nasib hidup mereka dengan menabur janji-janji manis seperti akan
menyediakan tempat tinggal, suasana yang harmoni serta pekerjaan yang baik
tetapi indah khabar daripada rupa. Impian yang diharapkan oleh masyarakat yang
bertekad untuk mengubah kehidupan mereka hancur berkecai apabila mereka
terpaksa menjadi hamba dan buruh kasar.
Jadi sudah terbukti bahawa jurang ekonomi juga merupakan salah satu faktor
kepada isu pemerdagangan manusia.
Tahap kesedaran
rakyat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyumbang kepada
berleluasanya isu ini. Kehidupan rakyat yang bagaikan katak dibawah tempurung
juga merupakan pemangkin kepada permasalahan tanpa nokhtah ini. Kini, majoriti rakyat tidak kira dimana
sahaja mereka menetap bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing menyebabkan isu ini bertambah rumit dari hari ke hari. Sesetengah
rakyat bersikap acuh tak acuh dengan persekitaran mereka misalnya melihat pengemis kanak-kanak yang
cacat tetapi tidak mengambil sebarang tindakan yang drastik iaitu melaporkan
hal tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka menyiasat adakah kanak-kanak itu
merupakan mangsa pemerdagangan manusia ataupun tidak. Jika telah dibuktikan
bahawa kanak-kanak tersebut merupakan mangsa tindakan yang pragmatik dan
drastik mestilah diambil dengan segera agar masalah itu tidak berlarutan.
Perkara yang berlaku adalah sebaliknya kerana rakyat tidak mempedulikan isu ini
menyebabkan perkara ini terus berleluasa. Sikap keprihatinan rakyat juga mampu
mengubah serta mengurangkan masalah ini.[12]
Seterusnya,
faktor yang paling dominan adalah pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sangat
pesat menyumbang kepada berlakunya aktiviti jenayah ini. Permintaan guna tenaga
buruh yang tinggi di Malaysia oleh para majikan tempatan kerana memerlukan
pengeluaran perbelanjaan yang murah sahaja. Rakyat asing yang tertarik untuk
datang ke Malaysia kerana telah dijanjikan pekerjaan serta gaji yang lumayan. [13]Namun
pada hakikatnya indah khabar daripada rupa apabila janji-janji manis yang
ditaburkan oleh agen-agen sindiket hanyalah rekaan semata-mata demi memujuk
mangsa untuk ke Malaysia bagi tujuan pemerdagangan. Mangsa-mangsa dipaksa untuk
melakukan aktiviti yang tidak disisi undang-undang seperti menjadi pelacur,
pengemis jalanan dan sebagainya. Maka, pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia telah
membuatkan warga asing untuk datang dan bekerja di sini.[14]
Di samping itu,
punca yang menyebabkan pemerdagangan manusia ini adalah disebabkan oleh
kerakusan sikap manusia yang ingin mengaut keuntungan yang besar dengan cara
yang mudah. Kebanyakkan penjenayah yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan
manusia ini merupakan manusia yang tidak berhati perut malahan hanya berfikir
mengenai ganjaran lumayan yang akan mereka dapat sekiranya berjaya membawa masuk sekumpulan
mangsa-mangsa yang akan diperdagangkan. Agen-agen sindiket ini sememangnya
tidak pernah berpuas hati serta tidak takut akan hukuman yang akan dikenakan
sekiranya mereka tertangkap. Apabila mereka berjaya melepasi sempadan negara
tanpa dikesan oleh pihak berkuasa, mereka akan
meneruskan lagi aktiviti mereka ini tanpa serik. Hal ini adalah kerana
keuntungan yang mereka dapat apabila berjaya melaksanakan tugasan dengan baik
tanpa tertangkap. Jadi, jelaslah bahawa aktiviti pemerdagangan manusia akan
bertambah dari hari ke hari sekiranya
jenayah ini tidak dibendung dengan segera kerana aktiviti ini memberikan
ganjaran yang lumayan kepada agen-agen sindiket yang terlibat.[15]
HUKUM PEMERDAGANGAN MANUSIA
Daripada Abu Hurairah
R.Anha, SabdaRasulullah SAW, firman Allah dalam hadis qudsi,
ثَلاثةﹲ أنا خَصْمُهُم يَْوم
القيامة ومَن كُنتُ خَصْمَه خَصَمْتُهُ رَجُلﹲ أَعطَى بِيَ العَهْدَ ثم غَدَرَ
ورَجُلﹲ باعَ حراً فأكَلَ ثَمْنَهُ
ورَجُلﹲاستَأجَرَ أجيراً فاسْتَوفىَ منه ولم يُعْطِهِ أَجْرَه
Maksudnya: Tiga golongan Aku
memusuhi mereka dan siapa yang Aku musuhinya nescaya Aku kalahkannya. Lelaki
yang memberi bai’ah denganKu kemudian dia memungkirinya. Lelaki yang menjual
orang yang merdeka kemudian dia makan harganya dan lelaki yang mengupah
seseorang sedangkan orang itu melaksanakan tugasnya kemudian dia tidak membayar
upahnya.[16]
Riwayat Bukhari, Ahmad dan
lain-lain
Syarah hadis:
Al-Muhallab berkata:
Sesungguhnya besarnya dosa bagi siapa yang menjual orang yang merdeka. Ini
kerana semua orang Islam sama sahaja dari sudut kehormatan dan zimmahnya.
Sebenarnya orang Islam terhadap orang Islam yang lain hendaklah menolongnya
bukan menzaliminya, menasihatinya bukan mengambil kesempatan keatasnya. Justeru
tidak ada kezaliman yang lebih besar daripada menjadikan seseorang itu hamba
atau membawa kearah itu. Siapa yang menjual orang yang bebas dan merdeka
sebenarnya dia telah melakukan perbuatan yang Allah tidak izinkan dan akan
membawa kepada kehinaan. Ini termasuk dosa besar.
Ibn Al-Munzir berkata:
Setiap yang aku bertemu di kalangan ulama mereka berpendapat, siapa yang
menjual lelaki yang merdeka sebenarnya ia tidaklah dipotong tangan dan hanya
dikenakan hukuman.
Diriwayatkan daripada Ibn
Abbas R.Anhuma berkata: Penjualan tersebut terbatal dan kedua-duanya penjual
dan pembeli dikenakan hukuman.
Diriwayatkan daripada Jallas
daripada Ali RA bahawa beliau berpendapat: Hendaklah dipotong tangan penjual orang
yang merdeka.
Tetapi pendapat yang kuat
adalah pendapat ramai di kalangan ulama, iaitu penjual tersebut tidak dianggap
pencuri dan tidak harus dipotong tangannya. Lihat Syarah Sahih Bukhari oleh Ibn
Battal, 6/349.
Bagaimana mungkin manusia
yang wajib dipelihara haknya untuk hidup dan dimuliakan seperti firman Allah:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ
عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً
Surah Al-Isra’: 70
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya
Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.”
Ayat ini menunjukkan karamah
insaniah daripada Allah yang mengurniakan pelbagai keistimewaan dengan akal
fikiran, petunjuk hidayat, rupa bentuk, dan pelbagai yang lain sehingga layak
menjadi kalifah Allah di muka bumi. Justeru, merendahkan martabat seseorang
manusia yang lain dengan menjual dan memperdagangkannya adalah satu jenayah dan
pelanggaran hak-hak asasi manusia serta menyalahi nas yang sahih lagi sarih.[17]
Kenyataan Mufti Wilayah :
Kami nyatakan dengan tegas bahawa sikap
memperdagangkan manusia adalah perbuatan yang amat besar dosanya bahkan
dianggap sebagai jenayah oleh undang-undang antarabangsa. Ingatlah, tatkala
kita memperdagangkan manusia betapa kita telah menafikan hak kebebasannya
sehingga keadaan orang tersebut dilihat lebih hina daripada haiwan. Natijah
dari tamak haloba, mereka lupa dosa dan pahala tetapi matlamatnya hanya laba
dan keuntungan semata-mata. Bagaimana perasaan orang yang didagangkan, keluarganya
dan keseluruhan yang mengenalinya. Sudah tentu merasa hina, tercabar dan amat
sedih. Justeru, sebagai seorang Islam, atau sebagai seorang manusia yang
mempunyai sifat insani hendaklah menjarakkan diri dan mencegah yang lain
daripada memperdagangkan manusia.
Memandangkan
masalah pemerdagangan orang adalah merupakan satu isu yang dianggap baru di
Malaysia, orang ramai termasuk agensi Kerajaan, pihak swasta dan badan bukan
Kerajaan (NGO) tidak begitu menyedari bahaya jenayah ini dan implikasinya kepada
keselamatan negara dan hak asasi manusia. Sehubungan itu, program kesedaran
awam perlu dilancarkan dan maklumat disebarkan seluas mungkin melalui pelbagai
bentuk komunikasi. Usaha-usaha untuk mencegah dan membanteras jenayah ini
memerlukan kerjasama dan sokongan semua sektor termasuk penyertaan masyarakat
umum. Adalah juga penting untuk program kesedaran tersebut dikoordinasi serta
mengambil pendekatan pelbagai sektor yang melibatkan agensi Kerajaan, badan
bukan Kerajaan (NGO), pertubuhan- pertubuhan antarabangsa dan kumpulan-kumpulan
komuniti supaya tindak balas secara kolektif dan positif dapat
diperolehi.Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menerbitkan sebuah
manual Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdaganagn Orang (2010-2015) sebagai
objektif pelan tindakan kebangsaan dalam menangani isu ini.Semoga Malaysia
bebas daripada pemerdagangan manusia. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang
bersungguh-sungguh membanteras pemerdagangan manusia.[18]
Laporan Khas Tentang Hukum
Pemerdagangan Manusia:
PUTRAJAYA 10 Sept. - Muzakarah
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang bentuk
memperdagang dan mengeksploitasi manusia adalah menyalahi hukum syarak dan
haram.
Setiausahanya yang juga Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan,
kegiatan itu sangat ditegah dalam Islam kerana manusia ialah makhluk yang amat
dimuliakan oleh Allah.
Jelasnya, Allah tidak
menciptakan setiap hamba-Nya untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain
kecuali hamba kepada-Nya sahaja.
"Dalam Islam tiada konsep
jual manusia kerana ia tidak dibenarkan, bahkan sejak kedatangan Nabi Muhammad
SAW kegiatan perhambaan ketika itu juga telah dihapuskan.
"Justeru sebarang
pemerdagangan manusia yang melibatkan pelbagai eksploitasi seperti pelacuran
dan perhambaan adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang
disyariatkan oleh Allah," katanya ketika dihubungi di sini. Menurut
Othman, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Kali ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu telah membincangkan
hukum pemerdagangan manusia.
Anggota majlis, katanya,
memutuskan Islam menegah aktiviti pemerdagangan manusia kerana mendatangkan
kemudaratan dan kesan buruk yang banyak kepada agama, masyarakat dan negara.
Tambah Othman, masyarakat juga
perlu menjauhkan diri daripada sebarang kegiatan pemerdagangan orang walaupun
hanya bertindak sebagai 'orang tengah' menyeludup dan membawa mangsa kepada
majikannya.
"Hukumnya adalah jelas
iaitu haram walaupun hanya bersubahat kerana mereka tetap terlibat dalam
aktiviti itu.
"Justeru, penerangan
berkaitan hukum pemerdagangan orang perlulah diperluaskan terutamanya di
kawasan-kawasan pedalaman dan sempadan negara kerana aktiviti ini banyak
berlaku di sana supaya masyarakat sedar aktiviti ini haram dan boleh mengancam
keselamatan negara," katanya.[19]
KESAN
PEMERDAGANGAN MANUSIA
Jenayah pemerdagangan manusia
ini menimbulkan pelbagai impak negatif bukan saja kepada individu tertentu,
malahan terhadap masyarakat dan negara secara keseluruhannya. berbagai-bagai
lagi masalah lain yang timbul disebabkan mangsa-mangsa jenayah ini.
1. Ancaman Keselamatan
Kehadiran pendatang asing
tanpa izin yang membanjiri tanah air dengan cara yang tidak sah membawa kepada
pelbagai masalah terutama dari sudut ancamannya terhadap kesejahteraan dan
kepentingan awam di negara ini. Hal ini demikian kerana golongan ini dilihat
terlibat dan menjurus kepada aktiviti atau kegiatan yang membahayakan penduduk
tempatan dengan meningkatnya kadar jenayah seperti merompak, membunuh, pecah
rumah dan pelbagai jenayah lain yang semestinya menjadikan penduduk tempatan di
negara ini sebagai sasaran utamanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui
statistik yang dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Dalam Negeri sendiri iaitu sebanyak 14 809 daripada 37 446 banduan
di Malaysia merupakan pendatang asing yang kebanyakannya terdiri daripada
Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI). [20]
2. Ancaman Sosial
Selain aspek keselamatan,
kehadiran PATI tanpa izin ini dilihat sebagai satu ancaman berbahaya dari aspek
sosial negara, terutama dari sudut kesihatan. Ancaman ini berlaku disebabkan
golongan ini kebiasaannya datang daripada negara yang mundur dan kurang
menitikberatkan aspek kesihatan. Oleh sebab itu, kemungkinan bahawa mereka
tidak menjalani ujian kesihatan sebelum dibawa masuk secara haram ke negara ini
adalah sangat tinggi memandangkan proses untuk menjalani ujian kesihatan bukan
sahaja memakan masa, malahan melibatkan kos yang tidak mungkin ingin ditanggung
oleh pihak yang merekrut atau pihak yang menguruskan penyeludupan masuk mereka
ke negara ini. Keadaan ini mengakibatkan penanggungan risiko yang tinggi
terhadap rakyat tempatan untuk dijangkiti penyakit berbahaya dan berjangkit
seperti HIV. Hal ini dapat dibuktikan melalui perangkaan kerajaan yang
mengumumkan bahawa sebanyak 30 peratus daripada 337 ribu pekerja asing telah
dijangkiti HIV pada tahun 1992. Di samping itu, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan telah mendedahkan bahawa 80 peratus pekerja asing di sektor
perladangan telah dikesan sebagai pembawa virus HIV berdasarkan kepada analisis
dan pemerhatian yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).[21]
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA
1. Penguatkuasaan
Undang-Undang
Langkah serius kerajaan
menangani isu pemerdagangan orang telah menaikkan taraf Malaysia ke tahap
(TIER) 2 ( Dalam Pemerhatian) daripada tahap 3 dalam laporan pemerdagangan
orang amerika syarikat (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan
Negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam
memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan standard
minimum dalam memerangi pemerdagangan orang. Pencapaian TIP adalah berdasarkan
kepatuhan Negara menerusi akta perlindungan pemerdagangan dan kegansan (TVPA) Amerika
syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, tahap satu merujuk kepda Negara
yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan tahap dua bagi usaha signifikan untuk
memnuhi TVPA. Manakala tahap tiga pula bermaksud sebagai Negara yang tiada
usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.[22]
2. Kerjasama Dengan Negara
Jiran
Malaysia dan Australia
baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi
membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi
yang lebih berkesan kepada Negara-negara jiran seperti singapura, Indonesia,
Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian
bijak terutamnaya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan.
Dengan kerjasama yang dapat dilaksanakan ini kita dapat untuk membanteras
segala masalah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa ini. Jadi ini
sekaligus menunjukkan bahawa kerjasana sesame Negara serantau ini untuk
membenteras sebarang jenayah akan lebih memudahkan dan mampu untuk diselesaikan
dengan sebaiknya.
3. Kempen Kesedaran
Pihak yang bertanggunjawab
harus memainkan peranan mereka dalam menagani masalah pemerdagangan manusia
walaupun dengan pelbagai cara sekalipun. Contohnya dengan menjalankan kempen
kesedaran, ini sekaligus akan meberi kesedaran kepada masyarakat tentang
semakin berleluasa masalah pemerdagangan manusia ini, kempen boleh dijalankan
menerusi media massa yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan adanya
kempen sebegini menyebabkan masyarakat akan mengetahui bahawa banyak kesan yang
akan diterima daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Tambahan lagi, dengan
kempen kesedaran ini juga sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk
membanteras masalah ini daripada terus berleluasa yang boleh memberi impak
bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah kepada Negara juga. [23]
PENUTUP
Kesimpulannya, kerjasama
daripada pelbagai pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung merupakan jalan penyelesaian yang paling efektif yang patut
dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini daripada terus menular dalam negara
kita. Janganlah kita menjadi masyarakat yang hanya mementingkan diri
sendiri dan menyerahkan tugas mengekang
masalah ini kepada pihak berkuasa sahaja tanpa membantu bak kata pepatah “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” jadi marilah bersama-sama mengerah tenaga
bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi golongan yang akan diperdagangkan.
Kita haruslah bertindak dengan segera agar nasi tidak menjadi bubur. Kerjasama
yang jitu serta semangat yang berkobar-kobar merupakan pemangkin utama kejayaan
kita semua dalam mengatasi masalah ini.
Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat
menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain di dunia.
Hendaklah
kesemua masyarakat mengambil kesedaran. Supaya agama dapat dijaga dan negara
bertambah makmur. Rasulullah SAW turut bersabda di dalam hadis baginda yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim:
إن الله يعذب الذين يعذبون الناس في الدنيا
“Sesungguhnya Allah akan mengazab mereka yang mengazab atau menzalimi
manusia di dunia”.
Makanya
janganlah kita sesekali menzalimi diri sendiri atau orang lain.
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Abdul Mukti bin
Baharudin, Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil, Pendekatan Syariah dalam Menangani
Jenayah Pemerdagangan Manusia, KUIS, UiTM Negeri Sembilan.
3. Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
2007 (Akta 607)
4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Portal Rasmi
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuaan. 2011. Pemindahan Organ dari Perspektif Islam. Putrajaya:
Kementerian Kesihatan Malaysia.
6. Jamal A. Badawi. 2008. Kedudukan Wanita
dalam Islam. Terj. Ummu Abdullah. Jakarta: Maktabah raudahtul muhibbin
8. Md Akhir Hj Yaakob. 1996. Undang-Undang
Sivil Islam. Selangor : Dewan Pustaka Islam.
9. Wan Marzuki. “Kebanjiran
Pendatang Tanpa Izin Perlu Kawalan Drastik” Utusan Malaysia, 8 Julai, 2008.
10. Zafirah Najmi Abdul Rahman. Banteras Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran, Bahagian
Penerbitan Dasar Dalam Negara.
11. The Hole karya Sabrang.
[2] Abdul Mukti bin Baharudin,
Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil, Pendekatan
Syariah dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Manusia, KUIS, UiTM Negeri
Sembilan.
[3] Akta Pemerdagangan
Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007
[4] Asmah Hj. Umar, 2013
,Pemerdagangan Manusia dan Migran
[5] Akta Pemerdagangan
Orang dan Anti Penyeludupan
[6] Abdul
Mukti bin Baharudin, Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil, 2006, Pemerdagangan
orang Dan Akibatnya
[7] Jamal A. Badawi. 2008. Kedudukan Wanita
dalam Islam. Terj. Ummu Abdullah. Jakarta: Maktabah raudahtul muhibbin
[8] Utusan Online
www.utusan.com.my
[9] The Hole karya Sabrang
m/s 23
[10] Abdul
Mukti bin Baharudin, Hajah Makiah Tussaripah bt Jamil, 2006, Pemerdagangan
orang Dan Akibatnya
[11] Artikel Usaha Malaysia
Menghapuskan Pemerdagangan Manusia
[12] Nur Aziemah,2013
Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia
[13] Portal Rasmi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
[14] Wan Marzuki. “Kebanjiran Pendatang
Tanpa Izin Perlu Kawalan Drastik” Utusan Malaysia, 8
Julai, 2008.
[15] Siti Zulaikha, 2015,
Isu Pemerdagangan Orang di Malaysia
[16] Laman Web Rasmi
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
[17] Laman Web Rasmi
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
[18] Laman Web Rasmi
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
[19] Utusan Online Arkib
11/09/2011
[20] Laman Web Rasmi
Kementrian Dalam Negeri
[21] Analisis Agensi Anti
Dadah Kebangsaan
Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
ReplyDeleteSaya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.
PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
* Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *
* e-mel: blankatm156@gmail.com
* Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
+1 (301) 329-5298
Hello viewers all over the world, There is good news for you all today get your Blank ATM card that works in all ATM machines all over the world. We have specially programmed ATM cards that can be used to hack ATM machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at stores and POS. We give out this cards to all interested clients worldwide, We give out THE Blank ATM Card. Do you want to live a good life thought its illegal, its the easiest way to be a millionaire. it also has a technique that makes it impossible for the CCTV to detect you and you can only withdraw a total amount of $5,000 Dollars in a day on ATM Machine also avaialbel at cash delivery. We give up to $10,000.00 to $1,000,000.00 Dollars With our network hacking services. We can Recover all your lost money to Bitcoin and other Crypto currency, mortgage/realestate scams and fake ICOs within 48 hours or less. (Thomas Freddie Hackers) working together as a team to track down & to recover funds back from the most difficult internet SCAMMERS. NOTE!! We've received countless heartbreaking reports of notorious scammers and we’ve successful recovery them back via thomasunlimitedhackers@gmail.com
ReplyDeleteDo contact us on ((Binary Recovery. University Grades.Wiping Criminal Records, FB & IG Hack, Telegram, Loads & Phone Hacking)) border us with your jobs & allow us give you positive result with our hacking skills. We are certified and your privacy is 100% safe with us. Worry no more about your financial problems, If you are in need of any other cyber hack services, we are here for you anytime, any day so contact us via our Email Address: thomasunlimitedhackers@gmail.com
Regards
THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS
Email thomasunlimitedhackers@gmail.com
Call/Text: +1 (985)465-8370
Motto: We offer the fastest and reliable services
Hotel Malls & Casino, Las Vegas (Vegas) - Mapyro
ReplyDeleteFind 익산 출장샵 your nearest casino & hotel in 이천 출장샵 Las Vegas. 거제 출장샵 The Malls & Casino has a variety 구미 출장마사지 of table games and live games. Come play at the 제주도 출장안마 Hotel
The King Casino - CommunityKhabar
ReplyDeleteThe 바카라 사이트 King Casino is the only casino near the casino. All casino games are legal and goyangfc the 토토사이트 game variety is huge! 출장마사지 The games are also available at any communitykhabar of the
Saya sangat gembira, saya adalah bukti hidup. Saya menerima kad ATM kosong minggu lepas daripada penggodam Georg Bednorz. Pada mulanya saya ragu-ragu. Kemudian saya memutuskan untuk mengujinya. Terkejut saya kad itu dihantar, saya pergi mengujinya di ATM. Saya terkejut apabila saya menggunakannya untuk menarik diri $2000 dan sekarang saya telah mengeluarkan $20,000 secara keseluruhan. Kad itu nyata, saya sangat gembira, terima kasih penggodam Georg Bednorz. Jika berminat anda boleh menghantar e-mel kepada kami di {georgbednorzhackers @ gmail . com} WhatsApp kami di (+1 (262) 355-8285)
ReplyDelete